Sunday, June 28, 2015

Ulasan Surah AL-ANFAAL



Surah 8: 
 
AL-ANFAAL (rampasan perang),

Surah Al-Anfaal terdiri atas 75 ayat dan termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, kerana seluruh ayat-ayat nya diturunkan  di Madinah.

Surah ini dinamakan Al-Anfaal yang bererti harta rampasan perang berhubung  kata Al-Anfaal terdapat pada permulaan surah ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini ialah tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubung dengan peperangan pada umumnya.  Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a. surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar Kubra yang terdiri pada tahun kedua hijrah.  Peperangan ini sangat penting ertinya, kerana dialah yang menentukan jalan sejarah perkembangan Islam.   Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil, untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrikin yang berjumlah besar, dan berperlengkapan yang cukup, dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan  perang  yang tidak sedkiit. 

Oleh  sebab itu timbullah masalah bagaimana membahagi harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.  Selain hal-hal tersebut diatas maka  pokok-pokok  isinya adalah sebagai berikut;  Keimanan, Hukum-hukum, kisah-kisah dan lain-lain.
.
Sumber 1;
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Anfal (1-75),
 
Sumber 2;